Dah lebih sebulan Wafdul Amin berakhir . tapi im still want to write about it . takkesah la orang baca ke tak . asalkan semuanya tercurah :D
Amaran ~
tatabahasa dalam post ini MEMANG terabur . bukan bahasa yang betul . tatabahasa yang tunggang-langgang ni hanya memudahkan kerja menaip (?) sahaja . apa yang tercoret hanyalah dari sudut dan pandangan Ama sahaja . lain orang , lain pendapat dan pandangan ..
tatabahasa dalam post ini MEMANG terabur . bukan bahasa yang betul . tatabahasa yang tunggang-langgang ni hanya memudahkan kerja menaip (?) sahaja . apa yang tercoret hanyalah dari sudut dan pandangan Ama sahaja . lain orang , lain pendapat dan pandangan ..
3 Dis 2010
Dari rumah singgah Giant beli cake untuk Mu'az . cake apa ? cake yang boleh dimakan dan halal it is ! Then datang sekolah and terus pergi bilik 'operasi' Wafdul Amin . Pack pack kotak , tampal tampal sticker Wafdul Amin , then bergegas ke surau untuk taklimat . Waktu ni memang dah pening dah kepala . dengan bot tak settle settle lagi waktu tu , dengan pakcik bas tak tau jalan pergi sekolah lagi -,- tapi Alhamdulillah , semuanya settle dalam sekelip mata ...
Oh ye , Ama diamanahkan menjadi AJK Pengangkutan dan Penginapan Wafdul Amin . Merangkap AJK Dana Wafdul Amin .
Dalam pukul 6.30 , makan malam . nasik ayam je :) lepas tu solat maghrib dan solat isya' . pakcik bas call waktu tengah solat maghrib . nasib baik handphone tengah charge dekat tengah surau . and SILENT . nasib baik ! call balik pakcik tu , then dalam 8.50 semua ke depan pondok jaga untuk beratur dan hal hal lain . waktu ni , Cikgu Najmah, Acap dengan Al-Hafidz tunggu bas dekat IIS . takut dia terlajak .. sebabkan pakcik bas tu sesat , naik bas dalam pukul 9.50 . sungguh taksangka , bas B 'cramp' sebab kan barang barang yang banyak . yela , barang nak diberi tu each around 8kg each , ada 10 kotak . tu takmasuk lagi frame, hadiah, barang barang lain lagi . tambah pulak dengan beg peserta yang gedabak gedabak tuuu ..
tapi alhamdulillah , semuanya settle dalam masa yang pantas . dalam bas , Ama duduk sebelah Acap . sepatutnya Acap duduk bas B , tapi sebab bas tu 'cramp' , dia naik bas A . dalam 1 jam perjalanan , dapat call dari Cikgu Najmah , kata Acap sakit . hairan di situ . Acap tak cakap pun dia demam . singgah Petronas sebab bas tu isi minyak , turun beli panadol actifast dengan few bottles of 100Plus . FEW ye . dalam 5 je :P
then bagi Acap makan panadol , then dia tidur . lepas tu , pejam celik pejam celik dah sampai jeti kuala perlis .
4 Dis 2010
Sampai jeti kuala perlis , solat subuh then terus gegas masuk feri . Pintu feri tu penuh dengan kotak-kotak Wafdul Amin . sure la kan , tak mungkin nak bawak masuk kotak-kotak tu sampai ke depan kan .. Dalam feri tengok cerita Senario . Beach Boys rasanya . tak ingat -,-
Bila feri sampai je jeti Langkawi , mula memunggah . terus berjalan pergi jeti lagi satu untuk naik bot . ingatkan jauh , cuma 2 minit je jalan kaki dari jeti tu ... lepastu terus naik bot yang pertama sebab kena uruskan majlis perasmian ... dan ada satu quote dari Hyung . tak ingat macammana perbualan bermula . tapi mengenai najis najis dalam laut tu . tak kotor ke , Hyung kata : "Lebih 2 MARHALAH laa" . Marhalah ? HAHAHA .
sampai jeti tu , terus berjalan kaki ke Surau Al-Falah . sedapkan nama dia ? Dekat jeti kami disambut oleh pelancong Inggeris (?). tak ingat apa yang dibualkan , tapi masih ingat orang tu nak salam Cikgu Najmah . tangan dah hulur dah kott . waktu tu memang dah terpinga-pinga dah . akhirnya dia tahu yang dalam Islam tak benarkan salam berlainan jantina ..
Sampai je dekat Surau , terus 'dikerah' . agak terkejut .*kita tinggalkan ye bahagian ini * lepas tu minta senarai nama rumah dan anak angkat dari Abang D . untuk pengetahuan semua , urusan menentukan rumah dan anak angkat TIDAK dilakukan oleh AJK . Abang D buatkan . walaupun ada salah , dibaiki dengan Khairul Nizam , S/Usaha Wafdul Amin .. ada yang takde rumah , dimasukkan hasil perbincangan .. dan , ditakdirkan dapat satu rumah Zakwan Azim !
Lepas ketibaan YB , *lupa nama dia* , majlis perasmian pun dimulai . Diamanahkan selaku Master of Ceremony (MC) secara tetap , majlis perasmian pun dimulai .. Dan , disebabkan terlalu 'teruja' , banyak kali cakap terlalu laju . sampai kan Ama rasa hanya Ama seorang je hafam apa Ama cakap . Alhamdulillah , selaku AJK Aktiviti yang prihatin , Hyung tegur Ama . but i kept doing the same mistake ... Alhamdulillah , majlis perasmian berjalan dengan lancar .
Lepas tu , balik rumah mak ayah angkat . makan , solat . dan , rumah kami adalah yang paling jauh sekali ~ kalau rumah lain dekat dekat antara satu sama lain , rumah kami adalah yang paling 'terpinggir' . menerobos kebun getah dulu , baru jumpa rumah kami . belakang rumah kami adalah hutan . maknanya penghujung kampung ...
Lepas solat , terlena dibuai mimpi .. penat mungkin . Lepas asar , pergi surau menggunakan kaki . jalan kaki dalam bahasa mudahnya .. sampai surau gotong royong masak bubur . sebab malam tu ada ceramah .. masak bubur lambuk dan bubur asyura ... petang tu ada buat meeting postmortem AJK jap . tapi tak semua la .. bincang kejap , then terus turun surau balik ...
malam tu ada ceramah .. dengar ceramah , then balik tidurrrrrr ! Yehaaa ~
5 Dis 2010
Pagi , macam biasa mengucapkan Alhamdulillah , lepas tu mandi dan makan semua , naik moto pergi surau . Ayah hantar .. dengan abang angkat ;)
Mulai dari hari ini jugak , cikgu-cikgu bagi kitaorang motor . kitaorang je ye , sebab rumah kitaorang paling jauh diantara kalian , lagipun keluarga ada 2 je motor , satu abang angkat bawak pergi kerja , tinggal satu je motor dekat rumah .. takkan nak pakai , takut nanti dorang nak beli apa apa ke nanti susahkan dorang je ... sebab tu la cikgu sewakan motor untuk kitaorang ...
Pagi ni ada Sesi Khidmat Masyarakat . dapat satu kumpulan dengan Kumpulan Cikgu Wasitah dengan kumpulan Cikgu Zaiham .. apa yang dirancangkan ialah nak baiki bumbung , nak cat rumah dan buat reban dll . tapi perancangan hanya sekadar perancangan . Allah yang menentukan .. disebabkan hampir semua rumah dalam keadaan ok , kami hanya ke rumah Pak Long Wahid . dia nelayan .. dia ajar kitaorang menjahit jala ... dan anak dia ajar kitaorang menjala . dapat la 3 ekor udang warna lutsinar .. tak sure apa jenis udang tu , tapi udang la ye :)
lepas tu , balik surau makan Bihun . bihun sangat SEDAP ! letak ikan sardin fresh dari laut . Memang khusyuk gila makan ~
Petang tu ada Sukaneka . sebelum tu diamanahkan menghandle streching . ingatkan semua penduduk kampung ikut streching , aleh aleh , peserta je streching .. tapi takpe , itu tak melunturkan semangat kami .. lepastu ikut serta sukaneka kanak kanak . Ama akui , Ama yang bertanggungjawab beli barang sukaneka . memang penuh la satu kotak tuu hadiah sukaneka je :P mula-mula bukak semua coklat-coklat , gula gula tabur atas tanah . semua kanak kanak beratur dalam satu line , lepastu dalam kiraan 3 , semua kutip jajan atas tanah tu , kalau dapat banyak , banyak la dapat bawak balik . Jajan tu BANYAK gila ! dalam 150 pcs kot .. dan semua dapat lebih dari 4 genggam ye sorang ..
lepastu lari sambil bawa bola pingpong dalam sudu .. lepastu main pindahkan air dari satu baldi ke baldi yang lagi satu . lepastu main lumba lari ..
disebabkan habis awal , Ama pun tengok la bola . dan disitu terdapat seorang insan tengah badmood . masam mencuka . takperlu lah rasanya dedahkan nama dia :D
then beli aiskrim *memang ada okay , aiskrim homemade* yang superlicious tu , lepas tu tengok bola .. waktu tu memang dah pening pening lalat , terus balik ....
malam tu takde pape .. balik makan , then terus sambung tidur ...
6 Dis 2010
Pagi bangun macam biasa solat subuh semua , lepastu sarapan . Pagi ini sampai petang ini adalah waktu bersama keluarga .. Alhamdulillah , kitaorang pergi satu pulau ni . mandi manda .. sebelum pergi , kumpul dulu dengan keluarga-keluarga mak angkat . Pagi tu mood dah tak berapa stabil . lepas tu naik la bot pergi pulau tu ..
Yang ikut sekali ialah Fitri , Siddiq , Arif , Nadzrul , Baihaqi , Iman Faruqhi , Luqmanul Hakim , Amir Luqman , Azillah , Iman H , Aliyyah , Nadiah , Aqila dengan Khalidah . Dengan SOLIHIN , adik Fitri dengan Siddiq ~
Sampai situ makan bihun dalam pukul 11 . pukul 12.30 makan pulak nasik . memang gemuk la kitaorang .. takde pape sangat kot , biasa je kot . except ada 'Santa Claus' jatuh atas pantai .. siap buat lakonan lagi ! Hahaha
Waktu nak balik tu , hujan mencurah .. nasib baik kejap je . langit dah gelap dah waktu tu ... sempat balik rumah dulu , lepas tu hujan menyimbah bumi ......
bila hujan dah reda , pergi surau . semua tak balik lagi . family-family yang sama-sama kitaorang je dah balik , yang lain ada yang pergi tasik dayang bunting , ada yang pergi langkawi , macam-macam laa ...
Malam tu ada malam seni dan malam penutup . ALLAH jela tahu macammana ama dengan suka hati nya menyusun tentatif Malam Seni tu .. cakap pun dah gagap gagap , taktahu dah nak buat apa .... *tak nak tulis lengkap mengenai bab ini *
dan waktu tayangan video , Hyung dengan Khairul Nizam menggunakan idea macammana nak pastikan cable LCD tu ketat . diaorang pakai Shoelace . tali kasut ! GENIUS GENIUS!
lepas tu duduk dekat tangga , bersama sama Nawi , Mu'az dengan Hyung serta Khairul Nizam . sebab semua kerusi dah penuh . bila dah habis malam seni tu , baru la Ama makan . ada BBQ , ada sup daging .. tapi yang Ama sempat jamah nasi dengan sup daging je .. BBQ dah lesap ~ :)
Disebabkan ada motor sendiri , kitaorang balik lambat sedikit . balik terus tidur ..
7 Dis 2010
Bangun agak lambat sebab letih semalaman memikirkan malam seni , terus siap siap pergi Surau . hari ini adalah hari terakhir kitaorang di Kampung Selat Bagan Nyior ni . ada sesi perpisahan . sempat betukar-tukar nombor dengan mak angkat ... dekat surau , doa Rabithah di bacakan oleh Mu'az . lepas tu , berkumpul di jeti .
dekat jeti , salam salaman dengan ayah angkat , mak angkat tak salam la ye , cakap terima kasih semua .. hati sebak , tapi airmata tak gugur pulak . hihi
naik bot pergi Langkawi , berkumpul kejap lepas tu tengok bilik untuk malam ni dengan Cikgu Sapinah . waktu tu yang lain tengah makan . sempat titipkan dekat Nawi belikan maggi goreng ..
lepastu bahagi dorm . dapat satu dorm dengan Nawi , Khairul Nizam dan Mu'az .
petang tu pergi kawasan shopping *lupa nama* dekat situ beli CHOCOLATE untuk keluarga tersayang . habis around rm120 . balik dorm around jam 7.30 . terus solat maghrib dan isya' . ambil nasi ayam dekat bawah , naik atas makan dengan Mu'az ..
8 Dis 2010
Hari ini ada meronda ronda sekitar langkawi . Pagi ada meeting postmortem Majlis Solat Hajat Wafdul Amin . Mula mula tetap kan tempat dekat tempat berkumpul semalam . dekat situ HANYA tuan Pengarah MSHWA , Mu'az dengan S/Usaha MSHWA , Hyung je ada . kitaorang ? ada yang makan dulu , ada yang tak turun lagi , ada yang kesana , ada yang kesitu . akhirnya , baru meeting postmortem dilaksanakan . atas jalan YE :) semua pelik kot kenapa la ada budak-budak duduk dalam bulatan atas jalan . nasib baik jalan tu tak banyak kereta lalu .
lepastu balik kemas barang , turun makan tengahari , then naik bas pergi meronda ronda Langkawi . mula mula pergi kilang gamat . abang tu pandai cakap Arab !
lepas tu berhenti dekat Underwater World . sekali lagi , diserang emosi . berjalan sendirian . takde mood waktu ni . yang paling lambat masuk dan yang paling awal keluar .. cikgu Sapinah terkejut kenapa keluar awal sangat .... :)
beli coklat lagi , then naik bas :) dalam bas dapat strap handphone . yang gantung dekat handphone tu . dapat Dolphin daripada Hyung ! thanks Hyung
lepas tu pergi beras terbakar .. beli mainan untuk Awaddah , anak Cikgu Hani . tapi sebelum bagi dia , main dulu mainan tu . Hehehe . bukan la mainan , tapi bubble . yang tiup tiup tuu ..
dalam bas ada tourist guide . banyak sejarah Langkawi diketahui ~ Alhamdulillah
Lepas itu naik feri pergi Kuala Perlis ..
sampai jeti Kuala Perlis , ada sesi kejar-mengejar . *enggan menceritakan lebih lanjut , sebab benda tu dah settle (dalam pemikiran ama ye) *
lepas itu naik bas balik KL . waktu ni , perang emosi , perang dengan badan yang dah serba serbi letih , perang semualahh ! nasib baik bawak blazer . kalau tak , i'm dead ~
9 Dis 2010
sampai sekolah dalam pukul 5 pagi , balik rumah tunjuk satu satu chocolate , then solat Subuh baru tidur ..........
Perkataan yang bold ialah perkataan yang ada kesalah ejaan dan tatabahasa
Perkataan yang italic ialah perkataan dalam Bahasa Inggeris
Perkataan yang italic ialah perkataan dalam Bahasa Inggeris
---------------------------------------------------------------
Gambar-gambar ~

Peace , no matter what world throws at you ~
Picture Credited to : Nawi , Khairul Nizam , Amirul Izzat (Hyung) and Azillah
--------------------------------------------
Picture Credited to : Nawi , Khairul Nizam , Amirul Izzat (Hyung) and Azillah
--------------------------------------------
Kesimpulan yang tersimpul (?)
Wafdul Amin adalah program yang BEST
Kekadang , persahabatan itu akan teruji *again , pandangan ama sahaja*
KERJASAMA itu mustahak
Ambil kira pendapat dan pandangan orang lain
etc *tak nak tulis semua moral values , biar la ia tersemat dalam hati sebagai iktibar*
Wafdul Amin adalah program yang BEST
Kekadang , persahabatan itu akan teruji *again , pandangan ama sahaja*
KERJASAMA itu mustahak
Ambil kira pendapat dan pandangan orang lain
etc *tak nak tulis semua moral values , biar la ia tersemat dalam hati sebagai iktibar*




